Wednesday, February 16, 2011

Lalalala Kerjalah

Lagi 2 minggu lebih je.. Lepas tu selamat tinggal la dunia berfoya-foya dengan ponteng kelas. Lepas ni dah start kerja. Kerja mana boleh ponteng sesuka hati macam ponteng kelas.

Lagi satu benda yang buat aku kusut, kerja tak boleh pakai t-shirt dengan jeans. Kena pakai baju formal. Maka terpaksa la pergi shopping baju baru untuk mengelakkan dari mengulang pakai baju yang sama hari-hari. Habis la duit kalau macam ni. Macam mana nak beli t-shirt dengan CD dengan filem (untuk kamera) dengan kasut Jack Purcell kaler purple..??

Lagi satu nak pergi Chill-lah... #1 : Borak Tentang Indie Rock. Tapi event tu dekat Ipoh, 5/3. Kerja pulak start Isnin tu, 7/3. Macam mana niiiiiii......?????

Tuesday, February 15, 2011

I.P.O.H

Ahad lepas (13 Februari 2011), saya dan pakcik tua berambut kembang Nizar pergi Ipoh untuk menghadiri majlis perkahwinan Amir Tajuddin. Seminggu sebelum tu, kami telah berganding bahu mencari hadiah perkahwinan yang paling cool sekali (konon-kononnya). Pagi Sabtu kami sekali lagi berganding bahu membeli-belah untuk aksesori tambahan seperti kad ucapan, pembalut hadiah, beserta hadiah tambahan (hadiah super genius..ekekeke).

Malam Sabtu, rancangan kami untuk tidur awal gagal kerana leka menikmati hidangan makan malam di rumah pasangan suami isteri, Boy dan Bib. Rancangan tidur awal bertambah gagal apabila selepas makan malam kami berempat dan seekor kucing kacak (Brandon) mengambil keputusan untuk menikmati pemandangan indah dari atas bukit (yang saya lupa namanya). Rancangan tidur betambah gagal 3 kali ganda apabila  Encik Param mengajak kami minum-minum di Mamak Bistro yang berdekatan.

Kegiatan mengisi masa lapang yang meleret-leret itu akhirnya tamat juga, dan kami (saya dan Nizar) terus balik dan tidur dengan harapan akan bangun awal keesokan harinya. Tapi harapan kami itu punah apabila alarm telefon bimbit tidak berfungsi dengan jayanya. Nasib kami agak baik kerana hanya bangun lewat sejam dari perancangan awal (selalu tengah hari baru bangun). Dengan kelam kabutnya, kami bersiap dan bergegas ke KL Sentral dengan harapan tiket train yang paling awal untuk ke Ipoh masih ada.

Tiba di KL Senral, kami cepat-cepat ke kaunter untuk membeli tiket. Kami berjaya membeli tiket pukul 9 ke Ipoh dengan jayanya. Memandangkan masih ada masa sebelum berlepas, kami mengambil keputusan untuk bersarapan di Mekdi yang berdekatan. Kami sekali lagi di uji apabila jam tangan yang di sayangi tidak berfungsi dengan baik. Kami nyaris-nyaris terlepas train ke Ipoh...!!!!

Fuhhhhh.. Setelah berjaya menempuh semua halangan termasuk rasa bosan yang berleluasa di dalam train, kami akhirnya tiba di Ipoh. Bibir masing-masing mengukir senyuman paling manis sebaik sahaja menjejak kaki ke bumi Ipoh (hehehe). Adam, Amat dan Jay menjemput kami dari stesen untuk ke rumah pengantin.

Perkahwinan Amir dan Aida berjalan dengan amat lancar. Cuaca cerah, hidangan yang lazat serta kawan-kawan yang.. Errrr.. Gilaaa..?? Adalah satu pakej lengkap bagi majlis perkahwinan yang meriah. Aktiviti seterusnya di Ipoh adalah minum ABC dan jalan-jalan di sekitar Ipoh sementara menunggu train ke KL yang di jadualkan pada pukul 6.30 petang.

Habis satu hari, dengan sebahagian besarnya (6 jam) di habiskan di dalam train. Penat gilaaaaaa. Tapi saya sangat gembira. Terima kasih semua.

p/s : 13 Februari juga merupakan tarikh ulangtahun kelahiran adikku Sabrina.



Sekali Lagi

Buat kesekian kalinya, saya yang bernama Shaze buat blog baru lagi. Masalah lama masih menghantui, iaitu lupa email untuk log masuk Blogger. Lupa email yea kawan-kawan, kalau lupa password okay lagi. Boleh jugak klik 'forget your password' tu. Kalau lupa email...?? Nak buat macam mana..??

Agak sayang juga dengan blog sebelum ni yang pernah mencatatkan rating yang agak tinggi. Semuanya gara-gara post pasal buah dada (nampak sangat orang Malaysia ni pevert. haha).

p/s : nanti nak buat re-post pasal buah dada. tungggguuuuuu.....!!!!